Thursday, April 17, 2008

Strategi, Pemimpin dan Organisasi

Untuk permulaan, bagi membincangkan tentang kepimpinan dan strategi marilah kita perhatikan apa yang diperkatakan oleh Alfred Chandler seorang pemikir strategi dari Amerika Syarikat tentang organisasi dan strategi. Untuk survival sesebuah orgaisasi, pemikir ini membezakan di antara strategi dan struktur. Yang dimaksudkan struktur di sini adalah keseluruhan organisasi (seperti didalam bukunya Strategy and structure: Chapters in the history of the industrial enterprise). Apa yang menarik ialah cara beliau menganalisa adalah mudah.

Untuk survival sesuatu organisasi perlukan organisasi yang boleh menyokong startegi. Jadi apakah masalahnya di sini. Yang ketara ialah bagaimanakah seseorang pemimpin itu boleh memastikan kesinambugan hayat sesebuah organisasi samaada organisasi business, tidak bermotifkan keuntungan mahupun organisasi politik dan agensi kerajaan.

Saya melihat setengah pemimpin organisasi hanya memberi penekanan kepada perjalanan organisasi. Seperti hendak meningkatkan kelancaran operasi, nak semua pekerja mengikut peraturan, nak semua pekerja bekerja dengan baik, nak itu dan ini. Tetapi adakah pemimpin tersebut tidak memikirkan tentang kedudukkan organisasi adakah ianya selaras dengan perubahan dalam persekitaran, ia itu persoalan strategi.

Pemimpin yang hanya mementingkan kelancaran operasi tidak layak memimpin mana mana organisasi pada zaman yang penuh dengan ketidaktentuan seperti masakini kerana pemimpin seperti itu bukanlah seorang yang berfikiran strategic. Pemimpin organisasi yang hanya mementingkan operasi tidak berpandangan jauh dan tidaklah boleh memimpin mana organisasi. Sekiranya dibiarkan organisasi akan hilang dengan sendirinya kerana organisasi tidak lagi sejajar dengan persekitaran. Saya percaya saudara saudari dapat melihat organisasi yang telah pupus, yang sedang pupus dan akan pupus di sekeliling saudara apabila pemimpin pemimpin organisasi berkaitan tidak mengambilkira perubahan perubahan yang berlaku. Kita akan berbincang lagi.